Trime ksih pada sis Lynda yg sudi kogsi kn resepi kek yg unik dan jarang ditemui ini..excited nk cuba kek ni sbb tgk cara dan bahan yg unik sedikit dari kek2 sarawak yg biasa .oke ni resepi nye saye kongsi kn untk korg ye..
BAHAN-BAHAN :
450g mentega berkualiti tinggi
200g horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 cawan gula (150g)
1-1/2 cawan tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil pandan paste
CARA-CARANYA :
Adunan hijau :
- pukul telur dan gula hingga kembang.
- masukkan mentega dan pukul hingga putih.
- masuk esen vanila, tepung, horlick dan pandan paste.
- kalau mahukan warna lagi hijau tambahkan pewarna hijau dan bahagikan pada dua bahagian.
- 8 biji putih telur
- 10 sudu besar gula halus
- 4 sudu teh tepung gandum
- 6 biji limau kasturi
Masukkan tepung dan akhirnya masukkan jus limau , pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.
CARA MENGUKUS :
- kukus 1 bahagian hijau dlm 1/2 jam.
- bila sudah masak ,baru tuang adunan putih telur dan kukus lagi selama 1/2 jam.
- bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dgn 1 lagi bahagian hijau yg kedua.Kukus lagi selama 40 minit .
- guna acuan 9x9 inci.
Bancuhkan adunan putih telur selepas 2o minit mengukus lapisan hijau pertama supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjdai cair dan akan menyebabkan lapisan tidak teratur dan tidak cantik.
Kek ini agk sukar dan leceh nk buat tapi sapa2 yg ade effort atau rjin sgt nk try bole je..mmg agak payah tapi hasil nya agk lumayan dan amat sedap dan kek ini juga tidak la trlalu manis seperti kek2 sarawak yg lain..
ni contoh gambar kek yg da siap...
kat bawah ni saya share kn location saya yew...

